lari

July 29, 2008

http://sakibakihari.blogspot.com

terakhir

July 28, 2008

-membaca kata-kata ar kimkat-

saya telah ter’restore’ satu file dalam recycle bin. saya ingatkan file tu sudah terdelete. saya sangat yakin file itu sudah hilang dari memory. sangkaan saya salah rupanya.sekarang file yang ter’restore’ tu cuba di’delete’ kembali. saya memerlukan tenaga pakar ‘computer’ untuk menolong saya untuk menghilangkan file ini. file ini telah menjadi virus dalam memory computer saya. jasa anda amat diharapkan terutamanya di waktu xyz saya.

surat

July 24, 2008
melewati hari-hari bersama tiga pucuk surat. harapnya tiada yang keempat. hidup umpama tidak semanis hujung minggu di tasmania. ketika di sana hidup baru mengais duka menyedut cahaya, air mata ditiup angin dingin hobart. rasa diri diperlaku adil dan disayangi .umpama awan hitam berarak pergi. berkongsi cerita-cerita, gelak ketawa senyum gembira. mungkin ketika itu saya terlupa, hidup ini ada kitarannya. tak selamanya kita akan bergembira dan tak selamannya kita kecewa. semua itu bergantung kepada apa kita bergantung harap.
pulang semula ke melbourne. keadaan yang begitu berbeza. tiada lagi hari-hari yang sangat gembira itu melainkan hari yang gembira. di ketika itulah putaran hidup 180⁰ (kes terpencil). ketika itu juga tiga surat muncul. sekarang ini saya masih sukar mempercayai seumpama apa yang saya kumpulkan selama ini hilang sekelip mata. apa yang saya rancangkan perlu diubah mengikut keadaan sekarang. inilah ujian yang perlu saya tempuh. saya yakin Allah uji setiap hambanya sesuai dengan kemampuan mereka. teringat ayat Allah apabila melihat apa yang berbaki. Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan (25:23) rasa diri begitu selamat dengan apa yang dikerjakan, bersungguh-sungguh menabung amal untuk bekalan akhirat, bila dihisab cuma angka kosong yang tak layak dibayar dengan syurga. alangkah ruginya. tiada lagi amal yang boleh dilakukan setelah ruh bercerai dari jasad. risau sebenarnya andai syurga itu hanya angan-angan jenin dibiar berapungan di fikiran, ingin sekali syurga itu satu keyakinan dan kepastian disertai usaha kuat yang berterusan. mengharapkan agar segala amal yang dikumpulkan tidak disia-siakan dengan sifat-sifat busuk manusiawi. 
seseorang berkata kepada saya setelah diceritakan tentang tiga pucuk surat ini. katanya, Allah menguji kita sesuatu yang kita susah untuk lakukan, sesuatu yang kita beri bermacam-macam alasan untuk tidak melakukan sedang sebenarnya perkara itu kita mampu lakukan. alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk bertatih sebelum mampu berlari laju. mungkin keadaan sekarang mengurangkan alasan yang saya mampu beri untuk tidak melakukan apa yang sepatutnya saya lakukan. banyaklah perkara pertama kali saya lakukan kerana hidup yang memaksa. tarbiyyah dari Allah sangat indah. selama ini saya tidak ada satu pandangan yang saya mampu untuk berubah, saya mampu untuk tidak terus mengikut garis panduan ciptaan sendiri. begitu menharapkan agar Allah beri kekuatan untuk tsabat. dibandingkan apa yang saya lalui begitu kerdil dengan apa yang dilalui Rasulullah, orang islam dan bani hashim ketika pemulauan di mekah. adakalanya saya mengeluh, namun mereka tetap terus berjuang dalam kepayahan. apa yang perlu ketika ini ialah untuk saya korbankan keegoan yang selama ini bermaharajalela. inilah detiknya…
ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian ini. 
Allahu’alam
hati yang ingin kembali kepada Tuhannya.

resolusi

July 18, 2008

gamat winter makin malap

semangat jiwa teruja silap

setahun menanti dalam gelap

moga sinar terus gemerlap

 

saya perlu menulis kembali setiap saat yang berlaku. waktu yang sedang dilalui sangat bermakna. banyak telah saya lupa. agar masih ada kisah-kisah yang dapat diingati menjadi pembakar jiwa kala lesu. tarbiyyah winter sebenar bermula saat winter sudah berinjak meninggalkan. hingga Allah izinkan untuk bertemu winter setahun lagi, titik tolak kekuatan dan keyakinan.

hari-hari

July 14, 2008

assalamualaikum

terima kasih kerana sudi membaca susunan huruf-huruf ini.

perjalanan hidup diteruskan. alhamdulillah sudah dua minggu saya winter break. ternyata dua minggu itu sangat singkat. masih ada lubang yang belum ditutup sepenuhya. ini winter ‘pertama’ saya di melbourne (hakikat pada kedegilan dan kegopohan diri sendiri)  gembira melihat wajah-wajah yang baru dikenali. begitu mereka sanggup berkorban merentas tanah yang beratus kilometer, membelah laut yang sentiasa bergelora. rasa diri begitu kerdil. dua minggu itu juga hati-hati kami bertaut, moga ia adalah tautan kerana menyayangi Allah, hati yang bersatu mendokong syariat islam.insyaAllah. selama dua minggu saya sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa bersabar, agar sentiasa berlapang dada, jangan mengeluh, agar hati sentiasa tenang agar jiwa sentiasa kuat. hari-hari yang dilalui begitu berbeza dari rutin harian saya yang skema. kabut juga setiap hari itu. Allah telah permudahkan segala urusan saya. Alhamdulillah.

setiap hari saya berkejar-kejaran, mengejar masa yang tinggal tidak berapa. memegang tangan yang lain agar turut berlari. istilah lelah dipadam. istilah diri sendiri dibiar tidak terusik. terlupa jasad ini bukan robot yang mampu bergerak ke sana ke mari apabila diprogramkan. terlupa jasad ini punya ruh dan jiwa. jasad ini perlu dibelai dengan sebaik mungkin, andai ia rosak, ia tidak mampu lagi bergerak dan menggerakkan orang lain.

hingga suatu hari jiwa terasa begitu kosong. hati digenggam dasyat oleh perasaan yang mencengkam. jasad ibarat tiada kepala. dibiar jasad tidak terisi, dibiar jasad terus berlari, dibiar jasad tidak berbaring. jiwa masih kosong, hati masih gundah. diri bagai mati. air mata enggan berhenti. tangis tidak berbunyi. senyum palsu, ketawa tipu. biar..diri terus dibiar begitu. beberapa ribu saat kemudian, jasad sudah tidak mampu membawa kaki melangkah, terasa sangat lemah ketika itu, fikiran hilang entah ke mana, umpama jasah, ruh, jiwa semuanya berpisah. jasad jatuh menghempap hamparan bumi, jiwa terus menangis kerana ia telah sangat kosong. saat itu, tika itu rasa jasad ini sudah tidak punya apa-apa, jiwa sudah tidak kental, fikiran lemah tiada usul. saat di bawa ke hospital diri ini tertanya-tanya apa makna dua minggu itu. begitu takut andai dua minggu hanya sia-sia, andai dua minggu hanya berakhir di atas katil hospital, begitu mengharap agar dua minggu diterima, mengharapkan agar penat lelah sakit sedu diganti pahala dihapus dosa. melihat sahabat lain terus maju, lebih tinggi mujahadah, berjaga siang malam, rasa diri begitu kerdil, sedang perkara mudah dianggap payah, sedang kerja-kerja tidak sebesar mana, sedang masih punya masa untuk diri sendiri, sedang diri masih merungut, kecewa juga dengan diri sendiri. ada jiwa yang menghantui.

ya Allah, aku berlindung denganMu dari hati yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang rasa tidak cukup dan dari doa yang tidak diterima

terima kasih kepada yang sentiasa memberi sokongan, mengambil berat, membantu diri yang masih tidak cukup kuat.   

baki dua minggu diteruskan. moga setiap saat bermanfaat, insyaAllah

cinta hati saya

June 16, 2008

maka esoklah hari yang sabar dinantikan ketibaan. sudah bersediakah saya? sedang hati masih rasa goyah, kaki masih berat, perasaan masih tidak menentu, banyak perkara yang masih berlegar-legar di ruang fikiran, sedang dirasakan usaha masih tidak berganjak. beberapa hari lepas saya sangat kecewa dengan perlakuan diri sendiri. padahnya sekarang saya tidak peroleh apa yang saya harapkan. kecewa kerana diri terburu-buru, terus mencari manusia sedang sepatutnya Dia yang harus dituju, sedang Dia yang memberikan perasaan gembira dan perasaan sedih. Dia yang sentiasa mendengar dan sentiasa memenuhi setiap permintaan hamba-Nya. rasa diri sibuk dibuai cinta pada dunia, cinta yang telah melalaikan usaha untuk terus mujahadah bagi mendapat syurga, mujahadah untuk peroleh redha-Nya. mengharapkan agar doa yang kerap disebut datang dari hati yang ikhlas, yang difahami maksudnya-agar tidak ada apa dalam hati melainkan Allah, agar hati hanya dipenuhi cinta pada Allah, agar hati sentiasa berserah pada Allah, agar hati sentiasa tenang dengan zikrullah, agar hati hilang cintanya pada dunia yang fana. agar niat kehidupan untuk-Nya, agar bila kembali dapat tersenyum puas.agar kembali pada Cinta Hati saya. agar kehidupan di dunia ini sentiasa merapatkan diri pada Ilahi. agar usaha duniawi menjadi medan ibadah dan amal serta tarbiyyah pada diri ini. agar setiap usaha mendapat redha-Nya.

Setelah sekian lama tidak mengetahui semalam saya telah mengetahui apa yang ingin saya ketahui selama ini. terasa itulah pengubat pada gundah beberapa hari. itulah doa yang benar-benar meriangkan hati. mengharapkan antunna memanggil saya dengan nama yang diberikan pada saya, agar nama itu menjadi doa yang tidak putus-putus. agar saya terus kuat dan terus menjadi sumber kekuatan antunna semua.insyaAllah

harapanku pada-Mu subur kembali

June 13, 2008

 

Wahai Tuhan ku yang Esa

Bila kenangkan QaharMu

Rasa gerun di hatiku Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa

Siapakah dapat bersihkan diri

Dari segala dosa yang memburu

Setiap hari setiap ketika

 

Tika mengenang GhafarMu

Putus asa tiada lagi

Semangatku pulih semula

 Harapanku subur kembali

 

 Ujian menimpa menekan di jiwa

Tak sanggup meneruskan perjuanganku

MehnahMu itu penghapus dosaku

 Mengganti hukumanMu di akhirat

 

Di waktu mengenang rahmatMu

Terasa diri kurang bersyukur

PadaMu harusku memohon

Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya

Mendidik nafsuku

Yang tidak dapat melihat kebenaranMu

Bantulah hambaMu

Dalam mendidik jiwaku ini

@ setinggan

post asal yang panjang telah terdelete

saya telah menetap di setinggan mewah di pinggir kotaraya melbourne sejak june menyulam may. bertemankan sleeping bag dan teman-teman lain, saya memulakan operasi hari-hari saya sebagai penghuni setinggan. namun kiranya saya masih untung setinggan ini menyediakan segala kemudahan yang mencukupi. alhamdulillah. kata-kata saya dua bulan lalu begitu mudah lenyap, sembang saya dengan ukht S tiada noktah.

jadi

pada suatu malam, ada perkara-perkara lama menjengah menyesakkan jiwa, menghantui fikiran dan mencalarkan hati. betapa nikmat Allah kurniakan pada saya sejak lahir tidak terkira. betapa Allah telah mempermudahkan segala urusan saya hingga saya tidak pernah merasai kesusahan. sepanjang saya di setinggan saya telah mendengar banyak kisah insan lain di kala badai menimpa, namun mereka tetap tabah. sedang saya diuji dengan kesenangan dan kemudahan tapi masih tidak bersyukur, masih merungut, masih tidak berbuat kebaikan. kesusahan yang pernah saya alami begitu tidak bernilai. kesusahan saya mungkin ketika menjalani hidup di asrama ketika tingkatan satu. kipas yang tidak menyejukkan, air tidak bersih, makanan tidak sedap, bilik kotor, bising, semuanya adalah rungutan

namun

saya terlupa, pada insan lain ia adalah satu nikmat-elektrik, air paip, makan ayam setiap hari, tidur atas katil bertilam empuk, dinding batu. betapa nikmat yang Allah kurniakan tidak saya syukuri, saya hidup senang tapi jiran masih mandi air telaga, makan nasi berlaukkan ikan masin, masih pakai pelita minyak tanah-ini realiti kehidupan jiran yang saya kenali. tapi saya ego, saya pentingkan diri sendiri. saya hanya pernah berada 10 m dari rumah jiran itu kerana saya geli rumah mereka tidak tersusun, mereka mandi air telaga takut nanti saya terkena jangkitan penyakit, saya jalan jengkek-jengkek, takut ada bakteria yang hinggap di kaki, saya tidak makan kalau saya tahu itu pemberian jiran itu takut kalau-kalau periuk, pinggan mangkuknya tidak bersih. rasa berat untuk menghulurkan tangan bersalam sebab tangan saya telah dibasuh bersih.

sedang

firman Allah dalam kalam-Nya menyuruh berbuat baik dengan si miskimembantu menyenangkan mereka, memberi makan pada mereka. takut kiranya masa yang berbaki ini saya tidak tunaikan kewajipan dan hak saya pada jiran itu. kepada jiran itu, saya mohon maaf pada sifat-sifat buruk saya. insyaAllah saya akan berusaha menunaikan hak-hak yang saya abaikan.

juga

pada suatu malam saya sedari ingatan saya pada saudara saya makin pudar. terlupa untuk saya titipkan doa untuk mereka yang sedang berjuang kerana saya sibuk berdoa untuk kecemerlangan peperiksaan yang ujiannya tidak seberapa berbanding ujian yang dihadapi saudara saya di palestine, iraq, thailand. mereka sedang bertarung nyawa mereka untuk kalimah lailahailallah. saudaraku maafkan kealpaan saya. moga kalian sentiasa diberi kekuatan untuk terus berjuang.

hakikatnya

saya masih ada sleeping bag untuk melawan dingin siang dan malam, lampu yang menerangi pekat malam. sedang ada insan yang tidak punya apa-apa, namun sentiasa bersyukur atas nikmat pemberian tuhan untuk mereka mereruskan hidup. saya harus lebih bersyukur dan bermanfaat pada insan lain.

moga saya sabar dan syukur

pemergian

June 3, 2008

Benarlah hijrah itu ada hikmahnya. insyaAllah

harapnya hijrah itu kerana Allah, mengharap redha-Nya, lebih dekat dengan-Nya.

takut sekali hijrah itu kerana dunia semata, kerana cinta dan cita-cita pada yang fana

hijrah itu ada satu pelajaran pada saya

harapnya pelajaran yang menyedarkan diri ini betapa lemahnya menghadapi ujian

betapa saya tidak pernah serius hanya bermain-main seperti kanak-kanak

melihat kesungguhan orang lain

melihat mereka berpenat lelah berhempas pulas memperjuangkan sunnatullah

rasa diri begitu kecil rasa diri terlalu kerdil

betapa cepat saya berpuas hati terhadap apa yang saya usahakan

sedang saya hanya batuk di tangga

betapa saya bangga diri peroleh kejayaan

sedang saya lupa Dia yang mengawal segalanya

kadang-kadang saya terlupa untuk ucapkan syukur pada Tuhan yang telah menanugerahkan keberadaan saya di sini setelah sekian lama bertapak di lubuk nereka

astaqfirullah

saya telah berpergian terlalu lama hingga terlupa menoleh ke belakang

saya telah berjalan berbatu-batu terlupa mungkin saya akan tersadung andai terlanggar seketul batu

saya telah mengenderai hidup ini tanpa tujuan namun Dia tetap sediakan cahaya, Dia tetap suluhkan jalan

siapa saya

manusia yang dicipta hina

diberi akal namun tewas dek nafsu yang menghasut

siapa saya

sayalah yang telah berjanji untuk menjadi khalifatullah

sayalah yang telah berjanji untuk menjadi abidullah

saya yang berjanji, saya yang memegang amanah itu

namun kadang kala saya tewas

kadang kala saya menang dan bangga diri

saya perlukan masa untuk membuka mata sebesar-besarnya

membuka hati semahu-mahunya

membuka minda seluas-luasnya

agar saya dapat mengambil pelajaran

agar saya tidak lupa lagi tentang diri saya yang tiada nilainya di dunia

melainkan kaki saya melangkah bersama mereka yang memegang panji-panji islam

melainkan saya sama-sama mengemudi kapal yang sentiasa bergerak mencari-cari mereka yang masih lemas dalam lautan jahiliah

melainkan segala kebaikan bermula dengan diri saya sendiri

Ya Allah hijrahkanlah diri ini

tanggungjawab dan hikmah

May 18, 2008

menjadi seorang muslim yang sebenar. berikut hanyalah buah fikiran saya yang lemah dan perlu dipertingkatkan dari segi ilmu dan amalnya. insyaAllah

bila anda memakai tudung di melbourne contohnya secara automatic anda seakan mengumumkan anda muslim sebab hanya muslim yang memakai tudung dan kebanyakan manusia di sini tak berhijab sebab banyaknya manusia di sini bukan muslim. teringat kata-kata imam pada satu khutah jumaat-bila anda keluar dari masjid ini setelah selesai tunai solat jumaat, saudara-saudara akan menyimpan kopiah yang dipakai ke dalam saku, jika saudara tidak memberitahu, tiada sesiapa yang mengetahui saudara adalah muslim, namun muslimah andalah yang memperjuangkan imej islam dengan hijab yang anda pakai. saya mengharapkan agar Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada muslimah yang sentiasa memperjuangkan islam dengan hijab yang dipakai- disini letaknya izzah pada islam. dan setiap itu melahirkan tanggungjawab kita pada Allah dan pada agama islam itu sendiri.di situ letaknya bagaimana seseorang menilai islam kerana mereka akan melihat pada yang tampak dahulu. tidak ramai manusia bukan islam yang memahami adanya agama islam ini. dan kebanyakkan pemikiran mereka dikaburkan dengan pemikiran kolot hasil ciptaan zionis dan sekutu-sekutunya.

mungkin suasana yang berbeza dari malaysia yang kadang-kadang banyak menimbulkan perasaan nikmatnya islam. perlu lebih kuat dan perlu lebih berani. solat di pantai solat di stesyen minyak solat di mana-mana sahaja di atas bumi. namun inilah yang memberikan keyakinan bahawa Allah sentiasa dekat di sisi. Allah akan melindungi siapa yang Dia kehendaki, setitik mudharat pun tidak akan berlaku tanpa izin dari-Nya. tanggungjawab membawa agama Allah ini memang terasa berat untuk dipikul selagi tidak mengenali, menyayangi, mengasihi Allah, Allah lebih-lebih lagi kasih pada hamba-Nya yang sentiasa ingat pada-Nya.

timbullah soal tanggungjawab menjadikan diri islam sepenuhnya dan sebenanya. ramai para da’i yang membincangkan soal ini. banyak buku dihasilkan agar muslim menjadi muslim yang ilahnya hanya Allah, Muhammad rasulullah dan islam jalan hidupnya, bukan hanya menjadi muslim kerana dilahirkan muslim seperti menjadi melayu kerana ibu dan ayah melayu. perkara ini sangat besar dan kehidupan ini tidak akan menunggu untuk kita mempelajarinya dan mengamalkannya. di sini saya hanya ingin membincangkan satu isu yang sangat kecil buat peringatan diri sendiri dan agar bermanfaat pada anda yang membacanya. insyaAllah. antara yang terlihat pada imej seseorang itu adalah kekemasan dan kebersihan. dua aspek ini perlu ada dalam diri setiap muslim kerana kemas dan bersih adalah islam itu sendiri. ramai yang bersikap sambil lewa pada kebersihan, baik kebersihan diri, rumah, makanan, pakaian. ada juga beralasan tidak sempat dan sangat sibuk untuk menitikberatkan soal ini. begitu juga kekemasan. ini adalah sifat lahiriah yang mencerminkan peribadi. menjadi muslim bermatlamat akhirat tidak sepatutnya membiarkan diri selekeh, baju kusut masai kadang-kadang tidak berbasuh kerana tidak lagi mahu kisah dengan dunia ini. ini adalah persepsi yang harus diubah. bukan bermakna kemas jika memakai baju berjenama yang berharga ratusan atau ribuan dollar. tapi memakai pakaian seperti disyariatkan Allah dan memastikan pakaian yang dipakai menunjukkan imej positif islam. begitu juga tempat kediaman dan perapian diri kerana diri kita menjadi cerminan islam pada pandangan masyarakat di sekitar kita. islam amat mementingkan kebersihan, sedang Allah sangat mengasihi orang-orang yang mensucikan diri. kebersihan itu juga seahagian daripada iman. amalan ringkas dan mudah untuk dipraktikkan adalah membasuh tangan. bukan bermaksud kerana kita telah dibiasakan untuk tidak kisah soal kebersihan tidak mencuba untuk mengamalkannya. ini adalah akhlak yang kita perlu didik diri kita agar ia selari dangan apa yang diajar islam. contoh terbaik tentulah rasulullah. dia akan menekankan soal ini, dia sendiri bersugi setiap kali hendak solat, sedang kita kurang peka. begitu juga halnya dengan kekemasan. sesetengah orang tidak begitu menyakitkan mata melihat keadaan yang bersepah, namun ada yang begitu sensitif tentang soal ini. diri perlu dilenturkan untuk memastikan hidup kirta bersistem. bukan sekadar membiarkan sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab. banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan namun diri yang menulis tidak sampai untuk mengulas-ulas setiap isu yang timbul.

jika kita faham islam sefaham-fahamnya, jika kita mengamalkan islam dalam setiap sudut kehidupan harian, jika kita melalui proses pentarbiyah diri, saya yakin dan percaya, kita mampu untuk mencorakkan diri kita dengan kebersihan dan kekemasan. insyaAllah. moga setiap yang kita lakukan hanya untuk Allah, mengharap redha-Nya dan mendekatkan diri dengan syurga dan menjauhkan diri dari neraka.

dan hikmah akan disambung jika Allah izinkan