tanggungjawab dan hikmah

May 18, 2008

menjadi seorang muslim yang sebenar. berikut hanyalah buah fikiran saya yang lemah dan perlu dipertingkatkan dari segi ilmu dan amalnya. insyaAllah

bila anda memakai tudung di melbourne contohnya secara automatic anda seakan mengumumkan anda muslim sebab hanya muslim yang memakai tudung dan kebanyakan manusia di sini tak berhijab sebab banyaknya manusia di sini bukan muslim. teringat kata-kata imam pada satu khutah jumaat-bila anda keluar dari masjid ini setelah selesai tunai solat jumaat, saudara-saudara akan menyimpan kopiah yang dipakai ke dalam saku, jika saudara tidak memberitahu, tiada sesiapa yang mengetahui saudara adalah muslim, namun muslimah andalah yang memperjuangkan imej islam dengan hijab yang anda pakai. saya mengharapkan agar Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada muslimah yang sentiasa memperjuangkan islam dengan hijab yang dipakai- disini letaknya izzah pada islam. dan setiap itu melahirkan tanggungjawab kita pada Allah dan pada agama islam itu sendiri.di situ letaknya bagaimana seseorang menilai islam kerana mereka akan melihat pada yang tampak dahulu. tidak ramai manusia bukan islam yang memahami adanya agama islam ini. dan kebanyakkan pemikiran mereka dikaburkan dengan pemikiran kolot hasil ciptaan zionis dan sekutu-sekutunya.

mungkin suasana yang berbeza dari malaysia yang kadang-kadang banyak menimbulkan perasaan nikmatnya islam. perlu lebih kuat dan perlu lebih berani. solat di pantai solat di stesyen minyak solat di mana-mana sahaja di atas bumi. namun inilah yang memberikan keyakinan bahawa Allah sentiasa dekat di sisi. Allah akan melindungi siapa yang Dia kehendaki, setitik mudharat pun tidak akan berlaku tanpa izin dari-Nya. tanggungjawab membawa agama Allah ini memang terasa berat untuk dipikul selagi tidak mengenali, menyayangi, mengasihi Allah, Allah lebih-lebih lagi kasih pada hamba-Nya yang sentiasa ingat pada-Nya.

timbullah soal tanggungjawab menjadikan diri islam sepenuhnya dan sebenanya. ramai para da’i yang membincangkan soal ini. banyak buku dihasilkan agar muslim menjadi muslim yang ilahnya hanya Allah, Muhammad rasulullah dan islam jalan hidupnya, bukan hanya menjadi muslim kerana dilahirkan muslim seperti menjadi melayu kerana ibu dan ayah melayu. perkara ini sangat besar dan kehidupan ini tidak akan menunggu untuk kita mempelajarinya dan mengamalkannya. di sini saya hanya ingin membincangkan satu isu yang sangat kecil buat peringatan diri sendiri dan agar bermanfaat pada anda yang membacanya. insyaAllah. antara yang terlihat pada imej seseorang itu adalah kekemasan dan kebersihan. dua aspek ini perlu ada dalam diri setiap muslim kerana kemas dan bersih adalah islam itu sendiri. ramai yang bersikap sambil lewa pada kebersihan, baik kebersihan diri, rumah, makanan, pakaian. ada juga beralasan tidak sempat dan sangat sibuk untuk menitikberatkan soal ini. begitu juga kekemasan. ini adalah sifat lahiriah yang mencerminkan peribadi. menjadi muslim bermatlamat akhirat tidak sepatutnya membiarkan diri selekeh, baju kusut masai kadang-kadang tidak berbasuh kerana tidak lagi mahu kisah dengan dunia ini. ini adalah persepsi yang harus diubah. bukan bermakna kemas jika memakai baju berjenama yang berharga ratusan atau ribuan dollar. tapi memakai pakaian seperti disyariatkan Allah dan memastikan pakaian yang dipakai menunjukkan imej positif islam. begitu juga tempat kediaman dan perapian diri kerana diri kita menjadi cerminan islam pada pandangan masyarakat di sekitar kita. islam amat mementingkan kebersihan, sedang Allah sangat mengasihi orang-orang yang mensucikan diri. kebersihan itu juga seahagian daripada iman. amalan ringkas dan mudah untuk dipraktikkan adalah membasuh tangan. bukan bermaksud kerana kita telah dibiasakan untuk tidak kisah soal kebersihan tidak mencuba untuk mengamalkannya. ini adalah akhlak yang kita perlu didik diri kita agar ia selari dangan apa yang diajar islam. contoh terbaik tentulah rasulullah. dia akan menekankan soal ini, dia sendiri bersugi setiap kali hendak solat, sedang kita kurang peka. begitu juga halnya dengan kekemasan. sesetengah orang tidak begitu menyakitkan mata melihat keadaan yang bersepah, namun ada yang begitu sensitif tentang soal ini. diri perlu dilenturkan untuk memastikan hidup kirta bersistem. bukan sekadar membiarkan sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab. banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan namun diri yang menulis tidak sampai untuk mengulas-ulas setiap isu yang timbul.

jika kita faham islam sefaham-fahamnya, jika kita mengamalkan islam dalam setiap sudut kehidupan harian, jika kita melalui proses pentarbiyah diri, saya yakin dan percaya, kita mampu untuk mencorakkan diri kita dengan kebersihan dan kekemasan. insyaAllah. moga setiap yang kita lakukan hanya untuk Allah, mengharap redha-Nya dan mendekatkan diri dengan syurga dan menjauhkan diri dari neraka.

dan hikmah akan disambung jika Allah izinkan

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://azayh.blogsome.com/2008/05/18/tanggungjawab-dan-hikmah/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.