tanggungjawab dan hikmah

May 18, 2008

menjadi seorang muslim yang sebenar. berikut hanyalah buah fikiran saya yang lemah dan perlu dipertingkatkan dari segi ilmu dan amalnya. insyaAllah

bila anda memakai tudung di melbourne contohnya secara automatic anda seakan mengumumkan anda muslim sebab hanya muslim yang memakai tudung dan kebanyakan manusia di sini tak berhijab sebab banyaknya manusia di sini bukan muslim. teringat kata-kata imam pada satu khutah jumaat-bila anda keluar dari masjid ini setelah selesai tunai solat jumaat, saudara-saudara akan menyimpan kopiah yang dipakai ke dalam saku, jika saudara tidak memberitahu, tiada sesiapa yang mengetahui saudara adalah muslim, namun muslimah andalah yang memperjuangkan imej islam dengan hijab yang anda pakai. saya mengharapkan agar Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada muslimah yang sentiasa memperjuangkan islam dengan hijab yang dipakai- disini letaknya izzah pada islam. dan setiap itu melahirkan tanggungjawab kita pada Allah dan pada agama islam itu sendiri.di situ letaknya bagaimana seseorang menilai islam kerana mereka akan melihat pada yang tampak dahulu. tidak ramai manusia bukan islam yang memahami adanya agama islam ini. dan kebanyakkan pemikiran mereka dikaburkan dengan pemikiran kolot hasil ciptaan zionis dan sekutu-sekutunya.

mungkin suasana yang berbeza dari malaysia yang kadang-kadang banyak menimbulkan perasaan nikmatnya islam. perlu lebih kuat dan perlu lebih berani. solat di pantai solat di stesyen minyak solat di mana-mana sahaja di atas bumi. namun inilah yang memberikan keyakinan bahawa Allah sentiasa dekat di sisi. Allah akan melindungi siapa yang Dia kehendaki, setitik mudharat pun tidak akan berlaku tanpa izin dari-Nya. tanggungjawab membawa agama Allah ini memang terasa berat untuk dipikul selagi tidak mengenali, menyayangi, mengasihi Allah, Allah lebih-lebih lagi kasih pada hamba-Nya yang sentiasa ingat pada-Nya.

timbullah soal tanggungjawab menjadikan diri islam sepenuhnya dan sebenanya. ramai para da’i yang membincangkan soal ini. banyak buku dihasilkan agar muslim menjadi muslim yang ilahnya hanya Allah, Muhammad rasulullah dan islam jalan hidupnya, bukan hanya menjadi muslim kerana dilahirkan muslim seperti menjadi melayu kerana ibu dan ayah melayu. perkara ini sangat besar dan kehidupan ini tidak akan menunggu untuk kita mempelajarinya dan mengamalkannya. di sini saya hanya ingin membincangkan satu isu yang sangat kecil buat peringatan diri sendiri dan agar bermanfaat pada anda yang membacanya. insyaAllah. antara yang terlihat pada imej seseorang itu adalah kekemasan dan kebersihan. dua aspek ini perlu ada dalam diri setiap muslim kerana kemas dan bersih adalah islam itu sendiri. ramai yang bersikap sambil lewa pada kebersihan, baik kebersihan diri, rumah, makanan, pakaian. ada juga beralasan tidak sempat dan sangat sibuk untuk menitikberatkan soal ini. begitu juga kekemasan. ini adalah sifat lahiriah yang mencerminkan peribadi. menjadi muslim bermatlamat akhirat tidak sepatutnya membiarkan diri selekeh, baju kusut masai kadang-kadang tidak berbasuh kerana tidak lagi mahu kisah dengan dunia ini. ini adalah persepsi yang harus diubah. bukan bermakna kemas jika memakai baju berjenama yang berharga ratusan atau ribuan dollar. tapi memakai pakaian seperti disyariatkan Allah dan memastikan pakaian yang dipakai menunjukkan imej positif islam. begitu juga tempat kediaman dan perapian diri kerana diri kita menjadi cerminan islam pada pandangan masyarakat di sekitar kita. islam amat mementingkan kebersihan, sedang Allah sangat mengasihi orang-orang yang mensucikan diri. kebersihan itu juga seahagian daripada iman. amalan ringkas dan mudah untuk dipraktikkan adalah membasuh tangan. bukan bermaksud kerana kita telah dibiasakan untuk tidak kisah soal kebersihan tidak mencuba untuk mengamalkannya. ini adalah akhlak yang kita perlu didik diri kita agar ia selari dangan apa yang diajar islam. contoh terbaik tentulah rasulullah. dia akan menekankan soal ini, dia sendiri bersugi setiap kali hendak solat, sedang kita kurang peka. begitu juga halnya dengan kekemasan. sesetengah orang tidak begitu menyakitkan mata melihat keadaan yang bersepah, namun ada yang begitu sensitif tentang soal ini. diri perlu dilenturkan untuk memastikan hidup kirta bersistem. bukan sekadar membiarkan sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab. banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan namun diri yang menulis tidak sampai untuk mengulas-ulas setiap isu yang timbul.

jika kita faham islam sefaham-fahamnya, jika kita mengamalkan islam dalam setiap sudut kehidupan harian, jika kita melalui proses pentarbiyah diri, saya yakin dan percaya, kita mampu untuk mencorakkan diri kita dengan kebersihan dan kekemasan. insyaAllah. moga setiap yang kita lakukan hanya untuk Allah, mengharap redha-Nya dan mendekatkan diri dengan syurga dan menjauhkan diri dari neraka.

dan hikmah akan disambung jika Allah izinkan

adik saya ahmad azad

May 12, 2008

azad lahir waktu saya form5. tak sempat pun tengok azad waktu lahir. kali pertama jumpa azad masa dia berumur 2 minggu. dia satu tahun saya di intec. waktu ni lama juga tinggal di rumah sebelum dapat mana-mana tawaran. dia dua tahun saya masih di intec menghadapi tahun genting. dia tiga tahun saya di melbourne. sekarang dia sudah empat tahun. saya terkilan tidak dapat bersama azad waktu dia membesar. setiap hari dia membesar. sekarang dia sudah pandai membaca. dia kenal huruf a sampai z, alif sampai ya. sudah tahu eja nama saya. tahu gajah, elephant dan fil. kalau telefon azad mesti dia akan bacakan buku bergambarnya. tanya kenapa permukaan air rata, apa ada di sebelah langit, kenapa bumi bulat, dan soalan paling mengharukan berapa kerap kapal terbang dari melbourne ke malaysia sehari. moga azad jadi anak soleh mujahid agama.

akibat terlalu rindu

allahu akbar

The earth is hard.
Soil is cracked, blistered and bleached.
Trees bend, withered and weary.
Ground gasps, dusty and dry.
God hears and rains come,
wetting and washing the world.
Flushing and flooding the clay,
spilling and splashing…
Life returns.

We are the cracked earth,
The thirsty, dirty spirit of man.
If we gasp, we will be heard.
Forgiveness falls like rain on our hands.
God hears and the rain comes
Wetting and washing the world,
Flushing and flooding the clay,
Spilling and splashing…
Life returns.

pohon itu

May 11, 2008

dan musim pun dingin kembali. daun mula berguguran kerana dia dari pohon deciduous. itu memang tugas pohon itu bila musim kembali dingin, dia mula ‘transformasi’ menjadi pohon berdaun kuning lalu tiba saatnya, daun luruh menghujan indah sekali. hukum iklim manusia memang pohon-pohon itu tidak perlu luruhkan daun kerana mereka di melbourne yang hanya beriklim humid subtropical mungkin juga marine west coast.tiada halangan pada mereka untuk terus berdaun hijau. namun pohon-pohon ini tetap menggugurkan daun. tak pernah jemu saban tahun dengan rutin yang sama. pohon-pohon ini mereka diciptakan sebagai deciduous. hakikat dan fitrah mereka ialah menggugurkan daun bila tiba musim autumn.kenapa pohon-pohon ini tidak pernah membantah. mengapa daun-daun mereka tidak kekal hijau. asalnya mereka bukan di melbourne, mungkin datang jauh dari eropah. tiada halangan bagi mereka untuk meniru eucalyptus atau mungkin acacia si jati australia yang tetap evergreen tak kira musim. mengapa pohon-pohon ini terus menggugurkan daun? kerana mereka deciduous, kerana mereka diciptakan Allah sebagai deciduous, kerana mereka memang dan sememangnya makhluk yang patuh, merekalah makhluk yang siang dan malam sujud dan bertasbih pada Allah. mereka tidak pernah lupa diri, tidak pernah lupa asal-usul kejadian mereka. mereka makhluk yang taat akan perintah tuhan.

tapi aku? manusia yang banyak membantah. seringkali mencari alasan untuk bermalas-malasan. sengaja tidak mahu patuh kerana ego diri. aku malu pada pohon-pohon ini. aku juga ingin taat dan patuh pada perintah Allah seperti pohon mapple, chestnut, oak, beech, hickory yang menjadi laluan aku seharian. seharian juga kami bertembung. tapi aku tak sebanyak bertasbih seperti mereka. mungkin ada hari aku melalui mereka dengan hati yang menyumpah seranah. malu……….

And indeed We have put forth every kind of example in this Qur’ân, for mankind. But, man is ever more quarrelsome than anything. (surah al-kahfi: 54)

palestine

May 9, 2008

Sabda Rasulullah saw:
Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian. Maka para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah di manakah mereka ini? Sabda baginda (saw), mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis.Sabda Nabi (saw) lagi di Hadis Abu Daud, "bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran sehingga pejuang terakhir di antara mereka akan berjuang menentang Al Masih, Ad-Dajjal


May 8, 2008
exams
1.   16/5 :  pytoplankton and seaweeds of australia lab exam 1 (25%)
2.    27/5:  techniques in protein and gene technology lab exam (10%)
3.    30/5:  pytoplankton lab exam 2 (25%)
4.   18/6 :  FINAL biochemistry (75%)
5.    19/6:  FINAL plants and environment (75%)
6.    20/6 : FINAL protein (35%)
7.    23/6 : FINAL phytoplankton ( 50%)
reminder untuk diri sendiri
kali ketiga untuk tiga semester

bila nak meletup

May 6, 2008

pernah tak awak rasa macam semua orang tak kisah dengan awak. semua orang tak ada masa nak dengar cerita awak. pernah tak awak rasa bodoh sangat.bila apa yang awak buat memalukan awak.pernah tak awak rasa awak sangat sakit hati tambah-tambah bila awak tak dapat nak cakap apa yang awak rasa.awak rasa sangat dendam.tekanan dalam otak awak boleh meletupkan kepala awak.pernah tak awak lalui situasi ini.baguslah awak tak pernah ada perasaan-perasaan ini.tapi saya hadapinya.saya sangat geram saya ada perasaan ini.manalah lubang dalam hati yang berjaya ditembusi nafsu, syaitan ikut bawa anak cucu, main kejar-kejar, gelak-gelak, makan-makan, lompat-lompat.mungkin hati boleh tinggal separuh dimakan anak beranak syaitan.kadang-kadang saya lupa, hati ini ada yang memegangnya.lupa untuk minta perlindungan dari-Nya.saya tak nak lupa lagi.moga saya reda dan sembuh

ya muqallibal qulub.thabbit qulubana ala dinik..

and she said…

May 5, 2008

walau apa pun matlamat hidup seorang manusia itu, dia akan tetap berpenat lelah dalam kehidupan..kita yg memilih untuk apa kita berpenat lelah.semulia2 & sebijak2 pilihan ialah penat lelah lillahi ta’ala..

kenapa saya di sini?

May 4, 2008

soalan sebenar ukhti A mengapa saya pilih untuk berada di jalan ini-jalan dakwah jalan islam. berat perkataan dakwah itu sebenarnya. tak layak rasanya saya menulisnya di sini. kadang-kadang saya tak percaya saya adalah diri saya sekarang. bila baca doa rabitah-kami bersatu memikul beban dakwahmu-takut andai saya cuma berkata-kata kosong dan Allah tidak suka pada suatu yang diperkatakan tapi tidak dilaksanakan-O you who believe! Why do you say that which you do not do? Most hateful it is with Allâh that you say that which you do not do.(61:2-3). saya mengharapkan keyakinan yang benar-benar mantap pada jalan pilihan saya. jika anda tidak mengenali saya mungkin anda sukar untuk mentafsirkan apa yang saya katakan. jika anda sudah 2 tahun tidak berjumpa saya anda juga mungkin tidak memahami. jika anda bersama-sama saya setiap hari melalui jalan ini, ada bahagian-bahagian tertentu dalam kehidupan saya yang anda tidak mengetahui. jika anda adalah insan yang sentiasa ada menyediakan telinga dan hati untuk saya, anda mungkin memahami serba sedikit tentang saya. tapi Allah sentiasa melihat saya. Allah mengetahui perkara yang saya sedang lakukan sekarang, perkara yang pernah terjadi dan perkara yang bakal terjadi. Allah juga mengetahui apa yang terkandung dalam hati saya.

bila timbul soalan seperti di atas, saya tercari-cari jawapannya. saya selak perkara-perkara lepas. tidak dapat saya cari satu kebaikan. Allah Maha Besar, Allah telah meletakkan saya di sini. takut andai saya tidak bersyukur. nikmat sebesar ini takut andai ia hilang kembali. Ya Allah tsabatkanlah aku. tidak pernah terlintas di hati, di otak atau di mana-mana. bagaimana Allah telah merencahkan hidup ini dengan ujian demi ujian, bagaimana Allah mengilhamkan untuk saya memilih suatu yang saya tidak sangka. bagaimana pentarbiahan ini mencorakkan hidup saya. bagaimana Allah mempertemukan saya dengan sebuah kehidupan idaman kehidupan yang di cari-cari. bagaimana Allah meletakkan saya bersama-sama mereka yang memperjuangkan agama Allah. bagaimana Allah memberikan kefahaman dan Allah tunjukkan jalan-Nya. Allah lebih mengetahui segala yang terbaik untuk diriku. jangan Ya Allah engkau biarkan nasibku ditentukan diriku sendiri.

tidak mampu rasanya saya menjawab persoalan ini. hanya mengharapkan agar ini adalah jalan terbaik yang akan saya lalui sepanjang hayat saya. agar Allah sentiasa memberikan kekuatan. moga segala amal diterima-Nya.

And strive hard in Allâh’s Cause as you ought to strive (with sincerity and with all your efforts that His Name should be superior). He has chosen you (to convey His Message of Islâmic Monotheism to mankind by inviting them to His religion, Islâm), and has not laid upon you in religion any hardship, it is the religion of your father Ibrahim (Abraham) (Islâmic Monotheism). It is He (Allâh) Who has named you Muslims both before and in this (the Qur’ân), that the Messenger (Muhammad ) may be a witness over you and you be witnesses over mankind! So perform As­Salât (Iqamat-as-Salât), give Zakât and hold fast to Allâh [i.e. have confidence in Allâh, and depend upon Him in all your affairs] He is your Maula (Patron, Lord, etc.), what an Excellent Maula (Patron, Lord, etc.) and what an Excellent Helper! (22:78)

As for those who strive hard in Us (Our Cause), We will surely guide them to Our Paths (i.e. Allâh’s Religion - Islâmic Monotheism). And verily, Allâh is with the Muhsinûn (good doers)." (29:69)

Wallahualam

cukup Allah bagiku

surah as-saff

10. O You who believe! Shall I guide you to a commerce that will save you from a painful torment.

11.  That you believe in Allâh and His Messenger (Muhammad ), and that you strive hard and fight in the Cause of Allâh with your wealth and your lives, that will be better for you, if you but know!

12. (If you do so) He will forgive you your sins, and admit you into Gardens under which rivers flow, and pleasant dwelling in Gardens of ‘Adn ­ Eternity [‘Adn (Edn) Paradise], that is indeed the great success.

13. And also (He will give you) another (blessing) which you love, help from Allâh (against your enemies) and a near victory. And give glad tidings (O Muhammad ) to the believers.

14. O you who believe! Be you helpers (in the Cause) of Allâh as said ‘Iesa (Jesus), son of Maryam (Mary), to Al­Hawârîûn (the disciples): "Who are my helpers (in the Cause) of Allâh?" Al­Hawârîeen (the disciples) said: "We are Allâh’s helpers" (i.e. we will strive in His Cause!). Then a group of the Children of Israel believed and a group disbelieved. So We gave power to those who believed against their enemies, and they became the uppermost.