abc

April 27, 2008

banyak perkara berlaku dalam kehidupan saya sehari-hari. banyak yang dah hilang dari memory. tapi ada banyak lagi yang masih berputar-putar dalam jiwa. kadang-kadang terfikir, mengapa saya melakukan apa yang telah saya lakukan. mengapa saya memilih untuk berada di mana saya sekarang. mengapa saya adalah diri saya. kenapa saya ralat, kenapa saya pernah melakukan kesalahan yang membodohkan saya sekarang. pendek kata mengapa jalan kehidupan saya begini. saya pernah merasai kebodohan kejahilan keburukan kerosakan kehidupan. namun saya bersyukur kerana keadaan itu bukan keadaan yang saya alami selama-lamanya kerana saya sempat menangkap hidayah yang Allah campakkan berkali-kali. alhamdulillah saya sempat merasai sinar-sinar islam sebelum saya pergi lebih jauh dalam kejahilan. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. namun takut sekali andai suatu hari saya terlupa akan nikmat Allah ini. takut sekali kalau-kalau kaki saya goyah untuk sekali lagi tenggelam. takut sekali andai selama ini hanya perasaan-perasaan yang dibisikkan syaitan, takut sekali andai selangkah lagi ke jannah saya rosakkan dan halakan langkah itu ke jahanam. Ya Allah berikanlah perlindungan selagi mana saya bernafas di bumi ini. Allah telah menetapkan setiap perkara dalam kehidupan anak Adam namun saya selalu terpedaya dengan bisikan syaitan dan al-hawa’. apabila melihat sahabat yang masih tercari-cari, sahabat yang masih belum sempat membuka hati untuk hidayah Allah, sahabat yang masih leka dimamah racun-racun musuh yang senantiasa ingin melihat kerosakan umat islam agar mereka dapat terloncat-loncat gembira berjaya membodohkan manusia, saya jadi serba salah. ketahuilah sahabat-sahabatku, tiada apa di dunia ini yang lebih membahagiakan kecuali redha Allah dan harapan untuk syurga di akhirat kelak. marilah kita sama-sama berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. inilah perlumbaan kita.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://azayh.blogsome.com/2008/04/27/abc/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.