gelap
Abu Bakar As-Siddiq berkata
Kegelapan itu ada lima dan penerangnya juga ada lima.
Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya
ialah takwa.
Dosa itu kegelapan dan penerangnya ialah taubat.
Kuburan itu kegelapan dan
penerangnya ialah ucapan laa ilaaha illAllah Muhammad rasulullah.
Akhirat itu kegelapan dan
penerangnya ialah amal soleh.
Dan, As-Sirat ialah kegelapan dan penerangnya ialah keyakinan.
tadi waktu aku melintas jalan, aku ternampak seorang wanita buta juga sedang melintas jalan ke arah bertentangan. aku tidak mungkin dapat mendalami perasaan wanita tersebut, namun yang pasti wanita tersebut hanya melihat pada kegelapan, dan Allah menerangi hati wanita berkenaan. Dia berjalan seorang diri berpandukan tongkatnya. di saat itu aku terfikir yang aku mungkin tidak mampu untuk berada di dalam kegelapan. syukur nikmat penglihatan yang Allah kurniakan. terlalau banyak kurniaan Allah (16:1-19) sangat banyak, namun kita seringkali terlupa untuk bersyukur kerana kita tidak pernah berfikir atau menyedari penciptaan alam untuk manusia. kita cepat mengeluh jika kita tidak peroleh apa yang kita hajatkan, Allah telah penuhi setiap keperluan manusia. berbalik kepada kegelapan di dunia, itu pun sudah tidak mampu dijangkau, takut, fobia, dalam kegelapan kita selalu terfikirkan perkara-perkara negatif, sangat-sangat takut kegelapan di akhirat nanti, takut kalau tidak ada cahaya yang menerangi setiap langkah, takut kalau selama ini hanya perasan sendiri, takut kalau tergolong munafik,nauzubillah….kalau hari ini dapat melihat satu dunia terang benderang harapnya terang juga akhirat disinari cahaya dari Allah. dan pasti al-Quran dapat mengeluarkan kita dari kegelapan (57-9) Semoga setiap saat hidup kita disinari cahaya Ilahi.insyaallah
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan berimanlah pada Rasul-Nya (Muhammad), nescaya Allah memberi rahmat-Nya kepadamu dua bahagian, dan menjadikan cahaya untukmu yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan serta Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (57:28)
