cinta hati saya

maka esoklah hari yang sabar dinantikan ketibaan. sudah bersediakah saya? sedang hati masih rasa goyah, kaki masih berat, perasaan masih tidak menentu, banyak perkara yang masih berlegar-legar di ruang fikiran, sedang dirasakan usaha masih tidak berganjak. beberapa hari lepas saya sangat kecewa dengan perlakuan diri sendiri. padahnya sekarang saya tidak peroleh apa yang saya harapkan. kecewa kerana diri terburu-buru, terus mencari manusia sedang sepatutnya Dia yang harus dituju, sedang Dia yang memberikan perasaan gembira dan perasaan sedih. Dia yang sentiasa mendengar dan sentiasa memenuhi setiap permintaan hamba-Nya. rasa diri sibuk dibuai cinta pada dunia, cinta yang telah melalaikan usaha untuk terus mujahadah bagi mendapat syurga, mujahadah untuk peroleh redha-Nya. mengharapkan agar doa yang kerap disebut datang dari hati yang ikhlas, yang difahami maksudnya-agar tidak ada apa dalam hati melainkan Allah, agar hati hanya dipenuhi cinta pada Allah, agar hati sentiasa berserah pada Allah, agar hati sentiasa tenang dengan zikrullah, agar hati hilang cintanya pada dunia yang fana. agar niat kehidupan untuk-Nya, agar bila kembali dapat tersenyum puas.agar kembali pada Cinta Hati saya. agar kehidupan di dunia ini sentiasa merapatkan diri pada Ilahi. agar usaha duniawi menjadi medan ibadah dan amal serta tarbiyyah pada diri ini. agar setiap usaha mendapat redha-Nya.

Setelah sekian lama tidak mengetahui semalam saya telah mengetahui apa yang ingin saya ketahui selama ini. terasa itulah pengubat pada gundah beberapa hari. itulah doa yang benar-benar meriangkan hati. mengharapkan antunna memanggil saya dengan nama yang diberikan pada saya, agar nama itu menjadi doa yang tidak putus-putus. agar saya terus kuat dan terus menjadi sumber kekuatan antunna semua.insyaAllah

Posted: June 16, 2008 Comments (0)

harapanku pada-Mu subur kembali

 

Wahai Tuhan ku yang Esa

Bila kenangkan QaharMu

Rasa gerun di hatiku Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa

Siapakah dapat bersihkan diri

Dari segala dosa yang memburu

Setiap hari setiap ketika

 

Tika mengenang GhafarMu

Putus asa tiada lagi

Semangatku pulih semula

 Harapanku subur kembali

 

 Ujian menimpa menekan di jiwa

Tak sanggup meneruskan perjuanganku

MehnahMu itu penghapus dosaku

 Mengganti hukumanMu di akhirat

 

Di waktu mengenang rahmatMu

Terasa diri kurang bersyukur

PadaMu harusku memohon

Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya

Mendidik nafsuku

Yang tidak dapat melihat kebenaranMu

Bantulah hambaMu

Dalam mendidik jiwaku ini

Posted: June 13, 2008 Comments (0)

@ setinggan

post asal yang panjang telah terdelete

saya telah menetap di setinggan mewah di pinggir kotaraya melbourne sejak june menyulam may. bertemankan sleeping bag dan teman-teman lain, saya memulakan operasi hari-hari saya sebagai penghuni setinggan. namun kiranya saya masih untung setinggan ini menyediakan segala kemudahan yang mencukupi. alhamdulillah. kata-kata saya dua bulan lalu begitu mudah lenyap, sembang saya dengan ukht S tiada noktah.

jadi

pada suatu malam, ada perkara-perkara lama menjengah menyesakkan jiwa, menghantui fikiran dan mencalarkan hati. betapa nikmat Allah kurniakan pada saya sejak lahir tidak terkira. betapa Allah telah mempermudahkan segala urusan saya hingga saya tidak pernah merasai kesusahan. sepanjang saya di setinggan saya telah mendengar banyak kisah insan lain di kala badai menimpa, namun mereka tetap tabah. sedang saya diuji dengan kesenangan dan kemudahan tapi masih tidak bersyukur, masih merungut, masih tidak berbuat kebaikan. kesusahan yang pernah saya alami begitu tidak bernilai. kesusahan saya mungkin ketika menjalani hidup di asrama ketika tingkatan satu. kipas yang tidak menyejukkan, air tidak bersih, makanan tidak sedap, bilik kotor, bising, semuanya adalah rungutan

namun

saya terlupa, pada insan lain ia adalah satu nikmat-elektrik, air paip, makan ayam setiap hari, tidur atas katil bertilam empuk, dinding batu. betapa nikmat yang Allah kurniakan tidak saya syukuri, saya hidup senang tapi jiran masih mandi air telaga, makan nasi berlaukkan ikan masin, masih pakai pelita minyak tanah-ini realiti kehidupan jiran yang saya kenali. tapi saya ego, saya pentingkan diri sendiri. saya hanya pernah berada 10 m dari rumah jiran itu kerana saya geli rumah mereka tidak tersusun, mereka mandi air telaga takut nanti saya terkena jangkitan penyakit, saya jalan jengkek-jengkek, takut ada bakteria yang hinggap di kaki, saya tidak makan kalau saya tahu itu pemberian jiran itu takut kalau-kalau periuk, pinggan mangkuknya tidak bersih. rasa berat untuk menghulurkan tangan bersalam sebab tangan saya telah dibasuh bersih.

sedang

firman Allah dalam kalam-Nya menyuruh berbuat baik dengan si miskimembantu menyenangkan mereka, memberi makan pada mereka. takut kiranya masa yang berbaki ini saya tidak tunaikan kewajipan dan hak saya pada jiran itu. kepada jiran itu, saya mohon maaf pada sifat-sifat buruk saya. insyaAllah saya akan berusaha menunaikan hak-hak yang saya abaikan.

juga

pada suatu malam saya sedari ingatan saya pada saudara saya makin pudar. terlupa untuk saya titipkan doa untuk mereka yang sedang berjuang kerana saya sibuk berdoa untuk kecemerlangan peperiksaan yang ujiannya tidak seberapa berbanding ujian yang dihadapi saudara saya di palestine, iraq, thailand. mereka sedang bertarung nyawa mereka untuk kalimah lailahailallah. saudaraku maafkan kealpaan saya. moga kalian sentiasa diberi kekuatan untuk terus berjuang.

hakikatnya

saya masih ada sleeping bag untuk melawan dingin siang dan malam, lampu yang menerangi pekat malam. sedang ada insan yang tidak punya apa-apa, namun sentiasa bersyukur atas nikmat pemberian tuhan untuk mereka mereruskan hidup. saya harus lebih bersyukur dan bermanfaat pada insan lain.

moga saya sabar dan syukur

Posted: Comments (0)

pemergian

Benarlah hijrah itu ada hikmahnya. insyaAllah

harapnya hijrah itu kerana Allah, mengharap redha-Nya, lebih dekat dengan-Nya.

takut sekali hijrah itu kerana dunia semata, kerana cinta dan cita-cita pada yang fana

hijrah itu ada satu pelajaran pada saya

harapnya pelajaran yang menyedarkan diri ini betapa lemahnya menghadapi ujian

betapa saya tidak pernah serius hanya bermain-main seperti kanak-kanak

melihat kesungguhan orang lain

melihat mereka berpenat lelah berhempas pulas memperjuangkan sunnatullah

rasa diri begitu kecil rasa diri terlalu kerdil

betapa cepat saya berpuas hati terhadap apa yang saya usahakan

sedang saya hanya batuk di tangga

betapa saya bangga diri peroleh kejayaan

sedang saya lupa Dia yang mengawal segalanya

kadang-kadang saya terlupa untuk ucapkan syukur pada Tuhan yang telah menanugerahkan keberadaan saya di sini setelah sekian lama bertapak di lubuk nereka

astaqfirullah

saya telah berpergian terlalu lama hingga terlupa menoleh ke belakang

saya telah berjalan berbatu-batu terlupa mungkin saya akan tersadung andai terlanggar seketul batu

saya telah mengenderai hidup ini tanpa tujuan namun Dia tetap sediakan cahaya, Dia tetap suluhkan jalan

siapa saya

manusia yang dicipta hina

diberi akal namun tewas dek nafsu yang menghasut

siapa saya

sayalah yang telah berjanji untuk menjadi khalifatullah

sayalah yang telah berjanji untuk menjadi abidullah

saya yang berjanji, saya yang memegang amanah itu

namun kadang kala saya tewas

kadang kala saya menang dan bangga diri

saya perlukan masa untuk membuka mata sebesar-besarnya

membuka hati semahu-mahunya

membuka minda seluas-luasnya

agar saya dapat mengambil pelajaran

agar saya tidak lupa lagi tentang diri saya yang tiada nilainya di dunia

melainkan kaki saya melangkah bersama mereka yang memegang panji-panji islam

melainkan saya sama-sama mengemudi kapal yang sentiasa bergerak mencari-cari mereka yang masih lemas dalam lautan jahiliah

melainkan segala kebaikan bermula dengan diri saya sendiri

Ya Allah hijrahkanlah diri ini

Posted: June 3, 2008 Comments (0)

tanggungjawab dan hikmah

menjadi seorang muslim yang sebenar. berikut hanyalah buah fikiran saya yang lemah dan perlu dipertingkatkan dari segi ilmu dan amalnya. insyaAllah

bila anda memakai tudung di melbourne contohnya secara automatic anda seakan mengumumkan anda muslim sebab hanya muslim yang memakai tudung dan kebanyakan manusia di sini tak berhijab sebab banyaknya manusia di sini bukan muslim. teringat kata-kata imam pada satu khutah jumaat-bila anda keluar dari masjid ini setelah selesai tunai solat jumaat, saudara-saudara akan menyimpan kopiah yang dipakai ke dalam saku, jika saudara tidak memberitahu, tiada sesiapa yang mengetahui saudara adalah muslim, namun muslimah andalah yang memperjuangkan imej islam dengan hijab yang anda pakai. saya mengharapkan agar Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada muslimah yang sentiasa memperjuangkan islam dengan hijab yang dipakai- disini letaknya izzah pada islam. dan setiap itu melahirkan tanggungjawab kita pada Allah dan pada agama islam itu sendiri.di situ letaknya bagaimana seseorang menilai islam kerana mereka akan melihat pada yang tampak dahulu. tidak ramai manusia bukan islam yang memahami adanya agama islam ini. dan kebanyakkan pemikiran mereka dikaburkan dengan pemikiran kolot hasil ciptaan zionis dan sekutu-sekutunya.

mungkin suasana yang berbeza dari malaysia yang kadang-kadang banyak menimbulkan perasaan nikmatnya islam. perlu lebih kuat dan perlu lebih berani. solat di pantai solat di stesyen minyak solat di mana-mana sahaja di atas bumi. namun inilah yang memberikan keyakinan bahawa Allah sentiasa dekat di sisi. Allah akan melindungi siapa yang Dia kehendaki, setitik mudharat pun tidak akan berlaku tanpa izin dari-Nya. tanggungjawab membawa agama Allah ini memang terasa berat untuk dipikul selagi tidak mengenali, menyayangi, mengasihi Allah, Allah lebih-lebih lagi kasih pada hamba-Nya yang sentiasa ingat pada-Nya.

timbullah soal tanggungjawab menjadikan diri islam sepenuhnya dan sebenanya. ramai para da’i yang membincangkan soal ini. banyak buku dihasilkan agar muslim menjadi muslim yang ilahnya hanya Allah, Muhammad rasulullah dan islam jalan hidupnya, bukan hanya menjadi muslim kerana dilahirkan muslim seperti menjadi melayu kerana ibu dan ayah melayu. perkara ini sangat besar dan kehidupan ini tidak akan menunggu untuk kita mempelajarinya dan mengamalkannya. di sini saya hanya ingin membincangkan satu isu yang sangat kecil buat peringatan diri sendiri dan agar bermanfaat pada anda yang membacanya. insyaAllah. antara yang terlihat pada imej seseorang itu adalah kekemasan dan kebersihan. dua aspek ini perlu ada dalam diri setiap muslim kerana kemas dan bersih adalah islam itu sendiri. ramai yang bersikap sambil lewa pada kebersihan, baik kebersihan diri, rumah, makanan, pakaian. ada juga beralasan tidak sempat dan sangat sibuk untuk menitikberatkan soal ini. begitu juga kekemasan. ini adalah sifat lahiriah yang mencerminkan peribadi. menjadi muslim bermatlamat akhirat tidak sepatutnya membiarkan diri selekeh, baju kusut masai kadang-kadang tidak berbasuh kerana tidak lagi mahu kisah dengan dunia ini. ini adalah persepsi yang harus diubah. bukan bermakna kemas jika memakai baju berjenama yang berharga ratusan atau ribuan dollar. tapi memakai pakaian seperti disyariatkan Allah dan memastikan pakaian yang dipakai menunjukkan imej positif islam. begitu juga tempat kediaman dan perapian diri kerana diri kita menjadi cerminan islam pada pandangan masyarakat di sekitar kita. islam amat mementingkan kebersihan, sedang Allah sangat mengasihi orang-orang yang mensucikan diri. kebersihan itu juga seahagian daripada iman. amalan ringkas dan mudah untuk dipraktikkan adalah membasuh tangan. bukan bermaksud kerana kita telah dibiasakan untuk tidak kisah soal kebersihan tidak mencuba untuk mengamalkannya. ini adalah akhlak yang kita perlu didik diri kita agar ia selari dangan apa yang diajar islam. contoh terbaik tentulah rasulullah. dia akan menekankan soal ini, dia sendiri bersugi setiap kali hendak solat, sedang kita kurang peka. begitu juga halnya dengan kekemasan. sesetengah orang tidak begitu menyakitkan mata melihat keadaan yang bersepah, namun ada yang begitu sensitif tentang soal ini. diri perlu dilenturkan untuk memastikan hidup kirta bersistem. bukan sekadar membiarkan sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab. banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan namun diri yang menulis tidak sampai untuk mengulas-ulas setiap isu yang timbul.

jika kita faham islam sefaham-fahamnya, jika kita mengamalkan islam dalam setiap sudut kehidupan harian, jika kita melalui proses pentarbiyah diri, saya yakin dan percaya, kita mampu untuk mencorakkan diri kita dengan kebersihan dan kekemasan. insyaAllah. moga setiap yang kita lakukan hanya untuk Allah, mengharap redha-Nya dan mendekatkan diri dengan syurga dan menjauhkan diri dari neraka.

dan hikmah akan disambung jika Allah izinkan

Posted: May 18, 2008 Comments (0)

adik saya ahmad azad

azad lahir waktu saya form5. tak sempat pun tengok azad waktu lahir. kali pertama jumpa azad masa dia berumur 2 minggu. dia satu tahun saya di intec. waktu ni lama juga tinggal di rumah sebelum dapat mana-mana tawaran. dia dua tahun saya masih di intec menghadapi tahun genting. dia tiga tahun saya di melbourne. sekarang dia sudah empat tahun. saya terkilan tidak dapat bersama azad waktu dia membesar. setiap hari dia membesar. sekarang dia sudah pandai membaca. dia kenal huruf a sampai z, alif sampai ya. sudah tahu eja nama saya. tahu gajah, elephant dan fil. kalau telefon azad mesti dia akan bacakan buku bergambarnya. tanya kenapa permukaan air rata, apa ada di sebelah langit, kenapa bumi bulat, dan soalan paling mengharukan berapa kerap kapal terbang dari melbourne ke malaysia sehari. moga azad jadi anak soleh mujahid agama.

akibat terlalu rindu

Posted: May 12, 2008 Comments (0)

allahu akbar

The earth is hard.
Soil is cracked, blistered and bleached.
Trees bend, withered and weary.
Ground gasps, dusty and dry.
God hears and rains come,
wetting and washing the world.
Flushing and flooding the clay,
spilling and splashing…
Life returns.

We are the cracked earth,
The thirsty, dirty spirit of man.
If we gasp, we will be heard.
Forgiveness falls like rain on our hands.
God hears and the rain comes
Wetting and washing the world,
Flushing and flooding the clay,
Spilling and splashing…
Life returns.

Posted: Comments (0)

pohon itu

dan musim pun dingin kembali. daun mula berguguran kerana dia dari pohon deciduous. itu memang tugas pohon itu bila musim kembali dingin, dia mula ‘transformasi’ menjadi pohon berdaun kuning lalu tiba saatnya, daun luruh menghujan indah sekali. hukum iklim manusia memang pohon-pohon itu tidak perlu luruhkan daun kerana mereka di melbourne yang hanya beriklim humid subtropical mungkin juga marine west coast.tiada halangan pada mereka untuk terus berdaun hijau. namun pohon-pohon ini tetap menggugurkan daun. tak pernah jemu saban tahun dengan rutin yang sama. pohon-pohon ini mereka diciptakan sebagai deciduous. hakikat dan fitrah mereka ialah menggugurkan daun bila tiba musim autumn.kenapa pohon-pohon ini tidak pernah membantah. mengapa daun-daun mereka tidak kekal hijau. asalnya mereka bukan di melbourne, mungkin datang jauh dari eropah. tiada halangan bagi mereka untuk meniru eucalyptus atau mungkin acacia si jati australia yang tetap evergreen tak kira musim. mengapa pohon-pohon ini terus menggugurkan daun? kerana mereka deciduous, kerana mereka diciptakan Allah sebagai deciduous, kerana mereka memang dan sememangnya makhluk yang patuh, merekalah makhluk yang siang dan malam sujud dan bertasbih pada Allah. mereka tidak pernah lupa diri, tidak pernah lupa asal-usul kejadian mereka. mereka makhluk yang taat akan perintah tuhan.

tapi aku? manusia yang banyak membantah. seringkali mencari alasan untuk bermalas-malasan. sengaja tidak mahu patuh kerana ego diri. aku malu pada pohon-pohon ini. aku juga ingin taat dan patuh pada perintah Allah seperti pohon mapple, chestnut, oak, beech, hickory yang menjadi laluan aku seharian. seharian juga kami bertembung. tapi aku tak sebanyak bertasbih seperti mereka. mungkin ada hari aku melalui mereka dengan hati yang menyumpah seranah. malu……….

And indeed We have put forth every kind of example in this Qur’ân, for mankind. But, man is ever more quarrelsome than anything. (surah al-kahfi: 54)

Posted: May 11, 2008 Comments (0)

palestine

Sabda Rasulullah saw:
Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian. Maka para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah di manakah mereka ini? Sabda baginda (saw), mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis.Sabda Nabi (saw) lagi di Hadis Abu Daud, "bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran sehingga pejuang terakhir di antara mereka akan berjuang menentang Al Masih, Ad-Dajjal


Posted: May 9, 2008 Comments (0)

exams
1.   16/5 :  pytoplankton and seaweeds of australia lab exam 1 (25%)
2.    27/5:  techniques in protein and gene technology lab exam (10%)
3.    30/5:  pytoplankton lab exam 2 (25%)
4.   18/6 :  FINAL biochemistry (75%)
5.    19/6:  FINAL plants and environment (75%)
6.    20/6 : FINAL protein (35%)
7.    23/6 : FINAL phytoplankton ( 50%)
reminder untuk diri sendiri
kali ketiga untuk tiga semester
Posted: May 8, 2008 Comments (0)